Friday, July 20, 2012

Berbagai bagai :D

Assalamualaikum sayang sayang :D Hari ni first day Ramadhan kannn. Cepat ehh masa berjalan. Rasa macam baru je rasa saya tahun lepas. Tup tup tup, dah nak sambut raya balik. Hopefully, ramadhan kali ni, bagi kite sume barakah , insyallah . Hihi

Aku sedih sebenarnya ni. Kesian si Yat roomate aku. Sahur sorang sorang. Dah laa first day puasa. Aku pulak kalau tak balik, memang tak sah. Haihhh dah laa bestfren dia si Mas tu tido rumah kakak dia. Rasa bersalah pulak dahhh = =' Lupa nak cerita, aku dah start sem 3, senin lepas. Dapat kamsis pulak tu. Hebat kan aku. Haha Dah lerr nak dapat kamsis kena intiview bagai bagai. Macam mane tah boleh lepas-,-

So sem ni aku merempat dekat sentosa 1 aras 2-,- kemain tinggi lagi. Aku ni dah laa lemah gila bab panjat memanjat tangga ni. Masa hari dafta hari tu lagi kesian, enam kali kot aku turun naik tangga tu nak angkot barang. Selain dari nak bersahur dekat rumah, aku eksaited nak balik rumah sebenarnye sebab aku nak timbang berat aku. Dah kalau setiap hari naik tangga tinggi tinggi, mane lahh tahu kot kot turun sekilo dua. Muahaha. Tapi harapan je lahh nak turun, tadi aku timbang sama je. Aku agak penimbang tu rosak, sebab tu takde perubahan. Haha

Okay, dah tuutp cerita pasal berat badan yang tak berkesudahan. Kali ni aku nak cerita pasal SEM 3. Nampak, siap caps lock. Haa kau hade ? Haha. Honestly, bagi aku sem 3 ni bermasalah je. Entah, tapi semua nampak macam disaster. Dengan lecturenyee yang bengis bengis belaka. Takot aku= =' Haha Subject punn macam heremmm je. Ade semilan yang basic basic, masuk final lima. Buat masa ni aku rasa yang paling bosan, OSHA *ofkoss laa kan. Highway punn ade aura menakutkan jugak. Softskill macam haremm je. Kena pakai baju kaler ceria ceria  bagai. Mana nak carik tah. Dah laa seminggu dua kali. Ingat senang ke nak carik-,- Haihhhh .Lagi satu, hydrolic. Aku punya physic time SPM dulu dah ler credit je. Spm pun dah berape tahun kebelakang, tibe tibe nak kena belaja balik. Memang menganga je lahh aku dalam class. Haha

Sem 3 ni, aku dah nekad nak insaf. Tak mau bela saka macam sem lepas. Haha Tapi sebenarnya, aku setiap sem punn bernekad macam macam, Hasilnya hampeh jugak-,- Tapi takpe, mane tahu sem ni jadi. Muahaha.

Kadang aku rindu sem 2. Serious. Walaupun dulu aku selalu macam nak gila time class structure dengan survey tapi seronok sebenarnya. Haha Sem 2 takde lahh takut macam sem 3 ni. Dalam kamsis sekarang ni dah lerr makin bosan. Nadia dah laa tercampak ke Damai 2 kot kalau tak silap. Marina dah terbang sampai ke Endon. Tinggal Yat dengan Mas je. Tu punn aku bukan rapat sangat-,- Dulu kalau Marina ada seronok sikit aku nak ponteng pusat islam. Haha

Pasal lesen aku ni, entah zaman bila baru nak habes. Aku baru ambek lesen L aku. Tu punn tak siap lagi. Kena pergi renew bagai bagai pulak dahh. Dah renew kena photostat, dah tu kena bagi balik dekat kak vasan. Baru dia boleh arrange class belaja pulak-,- Banyak cite betul lahhh. Aku dah naik fedup nak tengok muka akak vasan tu-,- Aku rasa dia punn dah menyampah dengan aku. Haha Dari raya cina  hari tui, sampai dah nak raya balik, tak settle settle lagi-,- Haihhhh-,-

Semenjak kechik bawak moto pegi class ni, aku dengan dia asyik ber-maria mariana je. Yang si kechik ni punn satu, tak padan dgn kecik kemain laju lagi bawak moto. Semalam, sekali lagi ber-maria mariana. Dalam hujan pulak tu. Kesian kechik kena ambek aku dekat poli semata nak hanta ke KTM batu tiga. Tapi takpe kechik, nanti aku carik boyfren budak poli ade kerete, tak payah susahkan kau lagi. Muahaha* gelak keji sikit.

Dahh la, panjang sangat dahh entri aku kali ni. Mesti banyak typo. Kalau ade, sila maafkan saya okay. Hihi  Hebat kan aku, dari pukol 5 tadi tak tido tido, sampai laa sekarang. Nanti aku hupdate lagi. Selama ni bukan taknak, tapi broadband aku takde-,- Plus lappy buat perangai mintak campak lombong. Takpe nanti bila semua dah back to normal rajin laa korangh nampak entri aku. Muahaha Anyway, selamat menjalani ibadah puasa yerr wahai kawan kawan semua. Till next post. Kbai.