Petang tadi,
dalam pukul 5.40 sebetulnya Hmmm. Waktu tu, aku gagah tunggu tren menghala ke
Kl Central. Tiba tiba rasa getar dekat peha, kesan vibrate C3 aku.
Abang M : Jom
dating.
Terus belari
mengalahkan Usain Bolt, masuk ke perut gerabak tren yg tertera Sungai Gadut.
Aku bediri menghadap pintu. Jawapan ringkas aku balas.
Aku : Orang
dah naik tren laa. Esok jelahhh.
Dan send.
Abang M: Alaa
semalam dah janji. Awk selalu lupa janji.
Aku : Yeke ?
Tak ingat pun. Orang dah dalam tren ni.
Abang M:
Patah balik laaa.
Aku : Orang
dah duduk dalam tren masalah dia. Esok je ehh.
Abang M:
Taknak, taknak, taknak. Nak harini jugak.
Kata kata
carut marut dah mula bebekas dalam hati. Tapi takpe aku tahan.
Aku: Awk,
esok laa. Saye janji. Yang ini betul betul janji.
Abang M:
Alaaaaa. Esok Friday lahhh. Lupa ke ?
Kesah pulak
aku esok hari ape, same jekannn. Bukan nak dating time kau semayang jumaat pun.
Masa balik dating jelahh. Bengap betul. Hati aku carut.
Aku: Esok
masa balik kite dating lahh ehh.
Abang M: Taknak.
Harini jugakkkkkkkk.
Aku tarik
nafas dalam dalam. Hmmm macam mana nak jawap ni. Kalau dah lama kenal, lama dah
aku tayang perangai tak makan di ajar aku. Tapi…
Aku : Awak
ni. Nak saye jawap cara mcm mane ? sopan ke kurang sopan ?
Abang M:
Kalau sopan macam mane ?
Haihhh dia
ni, nak kena sekali.
Aku : Kalau
sopan, macam gini bunyik dia. Awak, sye mintak maaf sgt sgt ehh pasal mmg tak
boleh nak kelua rini. Lagipun tadi baru balik dari Langat tengok batching plant
tengah tengah panas. Kesian sikit kat saye boleh ? esok saye promise, kite
lepak Sogo lepas balik kije tauuu. Yang ni, promise betul betul ni. Takde tipu
tipu. Esok tauu awak.
Baca sepuluh
kali, pastu terus tekan punat send.
Abang M :
Okay okay. Kalau kurang sopan pulak macam mane ?
Kau yang
tanye kannn. Okay.
Aku: Kalau
kurang sopan macam gini haa. Awak ni paham bahasa melayu ke tak ? Nak suruh
saya cakap bahase ape lagi ? Saye dlm tren dah kan. Takkan semata demi awak,
saye nak kena patah balik. Awak ingat senang nak dpt tren tuu. Awk nak saye
ikot semua yg awak cakap, awak tu penah nak denga cakap saye ? takk kan ? So,
shhh jangan nak mengada sangat boleh. Nak dating, esok. Tak nak sudah. Kbai.
Lama lepas
tu. Dia tak reply. Tadi dia text aku.
Abang M: Hai
Muniiii J
Betul berul
takde perasaan lahh kau ni. Haihhhhhhhhhh